My b-day!

Wow, unbelieveable. Today, I'm 22 years old... OMG, twentyyy-twooo!! Whatever it is, thanks God, cause give me a beautiful journey of life.. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk hidup selama 22 tahun ini... Alhamdulillah....



Dan hari ni, tak sangka, kawan-2 ofis celebrate my b-day.. terharunuyaa rasa, cm nak nangis..
Semalam, my colleague, Kak Mas, Kak Fae, Kak Jie, Kak Noora celebrate my b-day kat KFC Bayan Baru..
And today, sampai pagi-2, depa dah pggil masuk bilik wat surprise nyanyi lagu b-day ramai2.. Mmg terharu sgt...
Lunch tadi my boss, Kak Lizana celebrate my b-day kat Secret Recipe.. All of our trainee nyanyi ramai-2 kat restaurant tadi.. meriah, dan sekali lagi saya hampir menangis.. Thanks Kak Liz sbb wat surprise...

Malam ni my tunang nak ajak keluar...Excited la plak, sbb dah lama xkeluar sama.. kali terakhir keluar pun last year Dec..

Kepada kawan-2 tersayang, thank you very much for your doa.. I don't know how is the best way to express my thanks. I hope this coretan will make all of you happy! :)

Nota kaki: Hari ini hari yang bahagia, semoga di usia ini aku dapat menjadi seorang yang lebih matang, penyayang, pemurah, pengasih, dan menjadi anak yang solehah kepada mak tercinta....

a short day..

hari ni dah ahad, sekejapnya masa berlalu, so esok akan kembali bekerja lah jawabnya.. hi office, selamat bertemu esok.. macam macam benda bermain di kepala otak aku nie, keje tu, keje ni, bnyk nya keja, bila tah nk habis, haha..

sambil sibuk2 dgn keja, masih dihujung minggu aku luangkan masa untuk pergi kenduri rumah sedara mara, tapi itulah, bila aku pergi mana mana ja mesti org akan tanya, bila nak kahwin? ni ka yg bertunang hari 2, dah tu bila nak kahwin? stresss nya aku dgn soklan2 tuh...

Aku yang maseh stress :-P

Suku tahun 2013

Hye..

Wow, sekejapnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah suku tahun..
Aku pun dah habis study dan dah pun keja..
Dah lama dah aku xupdate blog.. sebab apa? hahaha

sebab aku lupa pasword, huduh kan perangai.. :-p
yela, umur dah meningkat, semua bnda pun nak lupa..
nasib baik la aku xlupa makan dengan tido.. hihihi

btw, sejak menjejak ke tahun 2013 ni, macam2 yang dah berubah..
apa yg berubah? haha

1. Perubahan bentuk badan.. (of course la makin bertambah ++..)
2. Perubahan status dalam perhubungan dengan si dia (couple -> tunang)
3. Perubahan status pendidikan (dah habis dip..)
4. Perubahan status pekerjaan (penganggur -> pekerja tetap)

Banyak kan perubahan.. jgn hati yg berubah sudah la.. hik3

p/s: rindu housemate :-(

Is it 21 years old is big enough??

Persoalan yang menakutkan.. yes! Tahun ni umo bakal mencecah ke angka 21.. Warghh! Tambah lagi satu angka.. dan persoalannya, dah cukup besar ke aku? Tajuk entry nie sama macam status aku kat yahoo dan facebook.. Aku sekarang semakin dilemma.. Lagi besar sesorang tu, semakin dekat dia ke arah tanggungjawab yang besar.. Dah besar, dan dapat plak yang besar... X bestnya.. Kalau la kita boleh stay dgn zaman kanak kanak, mesti best kan... xpayah pikir apa apa pun.. juz main, makan, tido.. Rindunya zaman kanak kanak aku... tak sangka kan, aku dah besar sekarang... bila kita jumpa dengan orang yg dah lama kita xjumpa, baru kita perasan yang sebenarnya kita dah besar.. Bukan budak budak lagi... Dan kita sekarang perlu pegang satu tanggungjawab lagi... Aku penah dengar Dr. Fadzilah Kamsah cakap yang ”setiap fasa kehidupan manusia tu ada keistimewaan yang tersendiri.. So, untuk rasa kenikmatan fasa fasa tersebut, kita kena la hadapinya tersendiri”. Bila dipikirkan balik, betul jugak apa yang dia ckp, klu kita x rasa macam mana kita nak tahu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Anyway, sebenarnya aku Cuma rasa takut bila memikirkan masa hadapan yang kita tak nampak. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Sulitnya!

Tahun 2012 yang penuh misteri!

Dikesempatan ni aku nak wish:

Kepada kawan kawan aku diluar sana yang dah naik pangkat jadi madam, congrats ya! Dan kepada yang baru dapat promotion letter untuk naik pangkat jadi madam tu, tahniah! Anda anda sedang melangkah maju satu tapak ke hadapan !

Selamat Pengantin Baru!

Ingat pesanan ni, jadi isteri dan ibu yang mithali, lahirkan anak2 yang comel yer! Hehe

*Ramainya kawan aku yang dah kawin dan bakal kawin... Anyway, congratulations!



Who's Mr. F?

Sejak akhir akhir nie, selalu jer aku post status pasal Mr. F. Lepas tu, ramai la yang akan bertanyakan pasal Mr. F itu. Sampai akak aku sendiri pun bleh tanya aku soalan pelik cmni. “Mira, hang ada boyfriend ka?” Masa aku dapat sms tu aku rasa macam nak gelak pun ada. X sangka plak, sbb tabiat aku yang sejak akhir akhir ni suka pegang handset dapat perhatian oleh akak aku yang sorang nie. Sehingga tercetusnya soalan yang mcam tu. Status aku sekarang ni ”It’s Complicated”, sbb aku pun xtahu apa perasaan aku sekarang dan apa status aku sebenarnya. Haha.
Okay, let me explain a little bit about ”Mr.F”. Actually, “F” stand for “Fantasy”. Aku bosan sejak kebelakangan ni. Ye la, kat rumah aku tu tak der sapa pun nak share citer, tgl aku sorg2 je. Mak aku ngn abg aku 2 ada la, tapi cam x best lak nk share about feeling aku yang ntah apa apa nie. Aku jatuh cinta dgn watak dalam novel M.A.I.D. So aku wujudkan kekasih fantasy aku sendiri. Dia xwujud pun. Yang pasti aku boleh jatuh cinta dgn dia. Cara aku luahkan cinta aku tu, selalunya aku akan coret la kat mana mana, selalunya laptop dan handset la jadi mangsa.
Lagipun, aku rasa cinta yang macam ni lagi selamat, jimat, dan bahagia. Bunyi cam gila je kan. Haha. Aku buat camni bukan la sebab desperate nak kan kekasih, tapi saja je nak bahagiakan diri. I can create any looks of my Mr.F. So, bila orang tnya aku Mr.F tu macam mana, of course semuanya perfect. Sbb ianya hanya fantasi. Kebaikan aku wujudkan Mr.F ni adalah supaya aku x berharap pada mana mana lelaki, tp xde la sampai aku x kawan dgn semua lelaki, aku still kawan dgn insan yg bergelar lelaki tp sekadar kawan je la, xnk ada apa apa commitment. Itu lebih selamat.

Tak masuk akal, tapi itulah realitinya. [Mira masih waras]

Pengalaman Menjadi Emcee

Apa??? Mira jadi emcee?? Macam xcaye je kan.. aku pun x caye gak..tapi xsangka itulah realitinya...MIRA JADI EMCEE untuk Annual Dinner Menara Kerjaya Fasteners Sdn. Bhd. Hahahhaha... kelakar je bunyi.. aku sendiri pun terkejut bila last minute diorang kasi aku task nie.. aku nak tolak, tp bila dipikirkan balik, why not i give a try..
Disebabkan ianya last minute terpaksa la aku buat overtime untuk siapkan skrip sehari sebelum terlaksananya majlis… bayangkan… dah la xde experience jadi pengacara, tup tup kena lak jadi pengacara last minute..mana dengan nak siapkan skrip lagi… aku pun masih terkejut dgn skill terpendam yang aku ada…dan aku sndiri xpernah sangka yang aku boleh bercakap di atas pentas seorang diri dan dihadapan orang yang aku xkenal.. Cuma beberapa orang jer yang aku kenal… Mungkin ni adalah hidden talent yang dikurniakan Allah… Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar... Walaupun masa mengacara majlis tu aku dah sediakan skrip, tapi aku x tahu kenapa bila kat atas pentas 2 aku terlalu lancang bercakap sampai segala skrip ntah kemana.. aku buat hanya berbekalkan aturcara program yang diberikan...
Dan sebenarnya, pada pandangan aku, menjadi pengacara nie xde lah susah sangat, Cuma kita perlukan sedikit keberanian dan keyakinan diri aje... Aku boleh buat, maksudnya semua orang pun boleh... sebab aku ni manusia biasa ja yang xdak apa2 kelebihan, sama macam orang lain...
Dan dah hampir seminggu majlis tersebut berlalu, tapi aku masih x henti henti menerima ucapan tahniah dan terima kasih dari pihak atasan. Apa yang masih jelas terngiang ngiang di telinga aku ialah ungkapan, ”You did a very good job” daripada Managing Director company aku praktikal nie. Dan ucapan tahniah daripada Ahli Lembaga Pengarah... Aku rasa macam kerdil sgt diri aku nie, sapa la aku nk dapat ucapan tahniah dari org besar mcm diorg kan... Yg aku terkejutnya, boss aku, siap letak comment lagi dekat dalam log book praktikal aku, ”a very good job”. Macam mimpi je semua nie... Aku jugak ada dapat tawaran untuk jadi emcee di acara2 akan datang... Mampu ke aku?? Dan aku masih x bagi apa2 jawapan untuk tawaran 2... Sorry boss...

*Happy Chinese New Year..

Welcome 2012

Tak sangka kan. pejam celik pejam celik..dah berlalu 2011 dan muncul 2012. Tahun yang orang takut katanya, sebab terpengaruh dengan citer 2012 lar 2. haha. nevermind. Banyak pengalaman pahit getir suka duka sepanjang 2011 yang mana sebab ujian ujian itulah aku terus hidup disini untuk membesar menjadi seorang wanita yang tabah yang mungkin boleh menjadi kebanggaan mak aku. ceh! perasan kan. Anyway, sepanjang tahun 2011 ramai orang yang aku kenali, yang setiap individu itu punya ragam tersendiri. Hebat kan ciptaanNya?
jadi, untuk tahun baru yng penuh dengan semangat baru ni, aku berazam untuk jadi anak, kawan, kekasih, tunang, isteri yang baik dan mithali. Berusaha untuk loss my weight. (tak pernah tercapai lagi lar). Memperoleh kecemerlangan dunia akhirat. Mengumpulkan sebanyak mungkin pengalaman kerja. Tidak loss contact dengan ex-housemate dan ex-classmate. Tudia, azam aku mcm general je kan. haha. nak save. Orang berazam, aku pun nak berazam jugak.hehe
apa apa pun, aku harap tahun 2012 akan terus mendewasakan aku, dan 2011 akan kekal dalam memori kenangan.

Tak terlambat lagi kan nak wish:

Happy New Year 2012!

Salam 2012!