My b-day!

Wow, unbelieveable. Today, I'm 22 years old... OMG, twentyyy-twooo!! Whatever it is, thanks God, cause give me a beautiful journey of life.. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk hidup selama 22 tahun ini... Alhamdulillah....



Dan hari ni, tak sangka, kawan-2 ofis celebrate my b-day.. terharunuyaa rasa, cm nak nangis..
Semalam, my colleague, Kak Mas, Kak Fae, Kak Jie, Kak Noora celebrate my b-day kat KFC Bayan Baru..
And today, sampai pagi-2, depa dah pggil masuk bilik wat surprise nyanyi lagu b-day ramai2.. Mmg terharu sgt...
Lunch tadi my boss, Kak Lizana celebrate my b-day kat Secret Recipe.. All of our trainee nyanyi ramai-2 kat restaurant tadi.. meriah, dan sekali lagi saya hampir menangis.. Thanks Kak Liz sbb wat surprise...

Malam ni my tunang nak ajak keluar...Excited la plak, sbb dah lama xkeluar sama.. kali terakhir keluar pun last year Dec..

Kepada kawan-2 tersayang, thank you very much for your doa.. I don't know how is the best way to express my thanks. I hope this coretan will make all of you happy! :)

Nota kaki: Hari ini hari yang bahagia, semoga di usia ini aku dapat menjadi seorang yang lebih matang, penyayang, pemurah, pengasih, dan menjadi anak yang solehah kepada mak tercinta....

a short day..

hari ni dah ahad, sekejapnya masa berlalu, so esok akan kembali bekerja lah jawabnya.. hi office, selamat bertemu esok.. macam macam benda bermain di kepala otak aku nie, keje tu, keje ni, bnyk nya keja, bila tah nk habis, haha..

sambil sibuk2 dgn keja, masih dihujung minggu aku luangkan masa untuk pergi kenduri rumah sedara mara, tapi itulah, bila aku pergi mana mana ja mesti org akan tanya, bila nak kahwin? ni ka yg bertunang hari 2, dah tu bila nak kahwin? stresss nya aku dgn soklan2 tuh...

Aku yang maseh stress :-P

Suku tahun 2013

Hye..

Wow, sekejapnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah suku tahun..
Aku pun dah habis study dan dah pun keja..
Dah lama dah aku xupdate blog.. sebab apa? hahaha

sebab aku lupa pasword, huduh kan perangai.. :-p
yela, umur dah meningkat, semua bnda pun nak lupa..
nasib baik la aku xlupa makan dengan tido.. hihihi

btw, sejak menjejak ke tahun 2013 ni, macam2 yang dah berubah..
apa yg berubah? haha

1. Perubahan bentuk badan.. (of course la makin bertambah ++..)
2. Perubahan status dalam perhubungan dengan si dia (couple -> tunang)
3. Perubahan status pendidikan (dah habis dip..)
4. Perubahan status pekerjaan (penganggur -> pekerja tetap)

Banyak kan perubahan.. jgn hati yg berubah sudah la.. hik3

p/s: rindu housemate :-(

Is it 21 years old is big enough??

Persoalan yang menakutkan.. yes! Tahun ni umo bakal mencecah ke angka 21.. Warghh! Tambah lagi satu angka.. dan persoalannya, dah cukup besar ke aku? Tajuk entry nie sama macam status aku kat yahoo dan facebook.. Aku sekarang semakin dilemma.. Lagi besar sesorang tu, semakin dekat dia ke arah tanggungjawab yang besar.. Dah besar, dan dapat plak yang besar... X bestnya.. Kalau la kita boleh stay dgn zaman kanak kanak, mesti best kan... xpayah pikir apa apa pun.. juz main, makan, tido.. Rindunya zaman kanak kanak aku... tak sangka kan, aku dah besar sekarang... bila kita jumpa dengan orang yg dah lama kita xjumpa, baru kita perasan yang sebenarnya kita dah besar.. Bukan budak budak lagi... Dan kita sekarang perlu pegang satu tanggungjawab lagi... Aku penah dengar Dr. Fadzilah Kamsah cakap yang ”setiap fasa kehidupan manusia tu ada keistimewaan yang tersendiri.. So, untuk rasa kenikmatan fasa fasa tersebut, kita kena la hadapinya tersendiri”. Bila dipikirkan balik, betul jugak apa yang dia ckp, klu kita x rasa macam mana kita nak tahu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Anyway, sebenarnya aku Cuma rasa takut bila memikirkan masa hadapan yang kita tak nampak. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Sulitnya!

Tahun 2012 yang penuh misteri!

Dikesempatan ni aku nak wish:

Kepada kawan kawan aku diluar sana yang dah naik pangkat jadi madam, congrats ya! Dan kepada yang baru dapat promotion letter untuk naik pangkat jadi madam tu, tahniah! Anda anda sedang melangkah maju satu tapak ke hadapan !

Selamat Pengantin Baru!

Ingat pesanan ni, jadi isteri dan ibu yang mithali, lahirkan anak2 yang comel yer! Hehe

*Ramainya kawan aku yang dah kawin dan bakal kawin... Anyway, congratulations!



Who's Mr. F?

Sejak akhir akhir nie, selalu jer aku post status pasal Mr. F. Lepas tu, ramai la yang akan bertanyakan pasal Mr. F itu. Sampai akak aku sendiri pun bleh tanya aku soalan pelik cmni. “Mira, hang ada boyfriend ka?” Masa aku dapat sms tu aku rasa macam nak gelak pun ada. X sangka plak, sbb tabiat aku yang sejak akhir akhir ni suka pegang handset dapat perhatian oleh akak aku yang sorang nie. Sehingga tercetusnya soalan yang mcam tu. Status aku sekarang ni ”It’s Complicated”, sbb aku pun xtahu apa perasaan aku sekarang dan apa status aku sebenarnya. Haha.
Okay, let me explain a little bit about ”Mr.F”. Actually, “F” stand for “Fantasy”. Aku bosan sejak kebelakangan ni. Ye la, kat rumah aku tu tak der sapa pun nak share citer, tgl aku sorg2 je. Mak aku ngn abg aku 2 ada la, tapi cam x best lak nk share about feeling aku yang ntah apa apa nie. Aku jatuh cinta dgn watak dalam novel M.A.I.D. So aku wujudkan kekasih fantasy aku sendiri. Dia xwujud pun. Yang pasti aku boleh jatuh cinta dgn dia. Cara aku luahkan cinta aku tu, selalunya aku akan coret la kat mana mana, selalunya laptop dan handset la jadi mangsa.
Lagipun, aku rasa cinta yang macam ni lagi selamat, jimat, dan bahagia. Bunyi cam gila je kan. Haha. Aku buat camni bukan la sebab desperate nak kan kekasih, tapi saja je nak bahagiakan diri. I can create any looks of my Mr.F. So, bila orang tnya aku Mr.F tu macam mana, of course semuanya perfect. Sbb ianya hanya fantasi. Kebaikan aku wujudkan Mr.F ni adalah supaya aku x berharap pada mana mana lelaki, tp xde la sampai aku x kawan dgn semua lelaki, aku still kawan dgn insan yg bergelar lelaki tp sekadar kawan je la, xnk ada apa apa commitment. Itu lebih selamat.

Tak masuk akal, tapi itulah realitinya. [Mira masih waras]

Pengalaman Menjadi Emcee

Apa??? Mira jadi emcee?? Macam xcaye je kan.. aku pun x caye gak..tapi xsangka itulah realitinya...MIRA JADI EMCEE untuk Annual Dinner Menara Kerjaya Fasteners Sdn. Bhd. Hahahhaha... kelakar je bunyi.. aku sendiri pun terkejut bila last minute diorang kasi aku task nie.. aku nak tolak, tp bila dipikirkan balik, why not i give a try..
Disebabkan ianya last minute terpaksa la aku buat overtime untuk siapkan skrip sehari sebelum terlaksananya majlis… bayangkan… dah la xde experience jadi pengacara, tup tup kena lak jadi pengacara last minute..mana dengan nak siapkan skrip lagi… aku pun masih terkejut dgn skill terpendam yang aku ada…dan aku sndiri xpernah sangka yang aku boleh bercakap di atas pentas seorang diri dan dihadapan orang yang aku xkenal.. Cuma beberapa orang jer yang aku kenal… Mungkin ni adalah hidden talent yang dikurniakan Allah… Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar... Walaupun masa mengacara majlis tu aku dah sediakan skrip, tapi aku x tahu kenapa bila kat atas pentas 2 aku terlalu lancang bercakap sampai segala skrip ntah kemana.. aku buat hanya berbekalkan aturcara program yang diberikan...
Dan sebenarnya, pada pandangan aku, menjadi pengacara nie xde lah susah sangat, Cuma kita perlukan sedikit keberanian dan keyakinan diri aje... Aku boleh buat, maksudnya semua orang pun boleh... sebab aku ni manusia biasa ja yang xdak apa2 kelebihan, sama macam orang lain...
Dan dah hampir seminggu majlis tersebut berlalu, tapi aku masih x henti henti menerima ucapan tahniah dan terima kasih dari pihak atasan. Apa yang masih jelas terngiang ngiang di telinga aku ialah ungkapan, ”You did a very good job” daripada Managing Director company aku praktikal nie. Dan ucapan tahniah daripada Ahli Lembaga Pengarah... Aku rasa macam kerdil sgt diri aku nie, sapa la aku nk dapat ucapan tahniah dari org besar mcm diorg kan... Yg aku terkejutnya, boss aku, siap letak comment lagi dekat dalam log book praktikal aku, ”a very good job”. Macam mimpi je semua nie... Aku jugak ada dapat tawaran untuk jadi emcee di acara2 akan datang... Mampu ke aku?? Dan aku masih x bagi apa2 jawapan untuk tawaran 2... Sorry boss...

*Happy Chinese New Year..

Welcome 2012

Tak sangka kan. pejam celik pejam celik..dah berlalu 2011 dan muncul 2012. Tahun yang orang takut katanya, sebab terpengaruh dengan citer 2012 lar 2. haha. nevermind. Banyak pengalaman pahit getir suka duka sepanjang 2011 yang mana sebab ujian ujian itulah aku terus hidup disini untuk membesar menjadi seorang wanita yang tabah yang mungkin boleh menjadi kebanggaan mak aku. ceh! perasan kan. Anyway, sepanjang tahun 2011 ramai orang yang aku kenali, yang setiap individu itu punya ragam tersendiri. Hebat kan ciptaanNya?
jadi, untuk tahun baru yng penuh dengan semangat baru ni, aku berazam untuk jadi anak, kawan, kekasih, tunang, isteri yang baik dan mithali. Berusaha untuk loss my weight. (tak pernah tercapai lagi lar). Memperoleh kecemerlangan dunia akhirat. Mengumpulkan sebanyak mungkin pengalaman kerja. Tidak loss contact dengan ex-housemate dan ex-classmate. Tudia, azam aku mcm general je kan. haha. nak save. Orang berazam, aku pun nak berazam jugak.hehe
apa apa pun, aku harap tahun 2012 akan terus mendewasakan aku, dan 2011 akan kekal dalam memori kenangan.

Tak terlambat lagi kan nak wish:

Happy New Year 2012!

Salam 2012!

Manager yang memahami

Semalam aku ada sesi discussion dengan manager. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi tu lar, sepatutnya aku pegi solat dulu awal awal, then baru masuk bilik discussion, ni tak, aku pegi masuk bilik discussion dulu, aku ingat sekejap je nak discuss nya. Tapi, mangai, dekat 2 jam aku terkurung dalam bilik discussion. Kesudahannya, dekat kul 4 la baru aku pegi solat. Masa discussion tu, manager aku ada gi taw, dia cakap, kalau na mintak tolong dia apa apa pasal report, dipersilakan. Redah jer bilik dia. haha. Pastu dia pesan lagi, kalau dah rasa bosan tahap gaban nak bunuh diri, pergi la pusing pusing satu kilang, atau pegi la berborak dengan staf staf dekat logistic. Eh, biar benar kan boss ni. Ada ke suruh aku pegi berborak. haha. Dia siap confirm lagi. Nanti kalau ada lecturer yang datng nak evaluate janga risau sebab dia akan bagi taw yang baik baik semuanya. Walaupun kerja aku kekadang mengadap facebook je. haha. Dan dia jugak akan cuba bagi markah yang trtinggi. eh, tinggi nya harapan dia berikan. Kecik tapak tangan, tapak sulaiman saya serhkan. haha. Apa apa pun, boss terbaikkkkk!!! Walaupun Chinese tapi memahami. So far, semua okay la. Cuma maseh stress dengan report walaupun dah ada beberapa insan yang nak membantu. Muahahahaa~~~

Christmas task

Walaupun krismas dah lepas, tapi aku still nak gak cerita perjalanan minggu minggu menghadapi krismas hari tu. Al maklum lah, company aku kerja ni mostly chinese, and customer dia from overseas sebelah Amerika. So confirm confirm lah mereka mereka ini akan begitu excited untuk menyambut Hari Natal a.k.a Krismas. Dua minggu sebelum krismas aku ditugaskan untuk menghias pokok krismas palsu dan menghias ruang lobby dengan bertemakan ala ala Krismas Malaysia. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Maap, gambarnya xde. After that, aku ditugaskan untuk create greeting card. haha. bab create meng"create" ni mmg la aku fail. Tp sebab orang dah bg tanggungjawab, so aku buat la jugak. Tengok la kat bawah ni. Hasil yang xseberapa kan. Dah la tu, siap kena hantar kat customer oversea lagi. Malu je. Padan la kan, company aku ni pun bukannya ada adobe photoshop ke apa2 graphic ke, last last aku hentam pakai paint je. Nasib baik la jadik jugak kan. haha. After this aku nak kna handle Dinner lak. Wargh.. memang tak la kan. Siap kena vote untuk jadi MC lagi. Mangai.. gelap dinner aku. Xpe xpe, bersabar kejap. Amik ni sebagai satu cabaran. Konon nk jadi positive thinker la kan...kuang...kuang..kuang..

Showing all of you
.
.
.


Ke"blur"an..

Kalau bab nak merosakkan perkataan bagi je kat aku. Title entah apa apa kan? Sebenarnya aku tgh blur. Cmna ye nak settle kan report, klu idea nak mulakan report pun xde. Serius! Final examlagi senang kot dari buat report practical. Aku dah try my hard la untu hentam hentam, tp serius x boleh. Mengong gak aku nie. Klu la report ni ada jual kat mana mana. Nak jer aku pegi beli. haha. Agak2 kat pasar malam ada x? Ni la masalahnya bila dok kt umah.. semua keje keje study menudy ni aku malas! walaupun kat umah aku 2 xde spa pun yang mengganggu. Tp setan yg xnmpk tu banyak plak. Astaghfirullah... Budak kelas aku yg lain mcm mna la agknya kn. Diam je. entah entah dah siap report depa tu, tggal tggu masa nk submit je kan. Aku punya report lak. Huh! Idea pun kat laut lagi. Mungkin masih jauh di dasar. Cepat la timbul wahai idea! I need you sangat sangat.

"Otak aku dah beku macam otak katak" , "Jari aku dah kematu macam sepatu"

p/s: kematu = melepuh, sepatu = kasut
    

Semangat pagi..

Sejak dah lama x meng"update" belog ni, tiba2 rasa bersemangat pulak nak menaip di pagi2 hari ni. hehehe. Bukan apa,nak story sket pasal mimpi aku semalam. wah! sempat lagi. Mimpi yang aku rasa kelakar. Dulu kt Kuantan, bila mimpi jer, orang pertama yang tahu pasal mimpi aku mesti Cik Husna Rosli. haha. Sebelum au tido semalam, aku tgk video yag aku create before balik Penang. Video yag dirakam and gambar2 ygdiammbil msa stay kt Kuantan. Berguna jgak video 2 sbnarnya. Dulu masa buat video 2 rasa cam xde motif sgt. haha. Lepas layan video jiwa-jiwa aku pun tido la. Peringatan! Kesah mimpi aku ni xdak kaitan pun dgn video 2. haha. cam pening2 jer kan? Watever la..belog gue, suke ati gue la mau buat story camna pun kan. haha. Okay..okay..kita sambung story pasal mimpi. Dalam mimpi tu aku berada di rumah S. Ntah mcm mna aku bleh sampai ke rumah dia pun aku tak tahu la. Nama pun mimpi kan. Before aku sampai ke rumah dia tu, sebenarnya aku terjumpa Mak Cik Z dia dekat sebuah kedai makan. Mak Cik Z nak aku kawin dengan kenalan dia. Kelakar kan? haha. Then aku pun ikut la dia ke rumah Mak N. Masa kat umah Mak N tu ada Ayah M, S, A. Sampai sana depa sembang2 pasal A, depa nak pinangkan sorg pmpuan untuk A, aku terkejut. Dalam mimpi pun bleh terkejut kan? haha. Aku tengok S, tp dia mcm xde perasaan jer. haha. Aku pun sambung la dengar bualan depa 2. Rupanya depa nk pinangkan gf si A ni untuk dia. Wah, untunglar kan. hehe. Then secara tiba-tiba aku rasa gatal yang amat sgt kat tgn aku, bila aku tgk, arghhh.. tgn au di gigit semut. begkak bengkak tangan aku. Nasib baik ada Mak N dan Mak Cik Z yang prihatin. Depa letakkan ubat kat tgn aku. Yg si S 2 plak ckp dia xde kredit untuk call mak aku, then dia lari pergi dekat Public Phone. Kebetulan time 2 ramai yang beratur nak gna Public Phone 2. Klasiknya mimpi aku. haha. At last, sbb dia dah xthan lma sgt menunggu, dia upah orang 1st n 2nd dlm barisan tu sorg 50 sen. haha. Then diapun dapat la call mak aku. Belum sempat aku nak dengar apa yang dia bgtaw mak aku masa dalam phone tu, aku terdengar suara mak aku panggil aku. Mira..Mira...Bangun! Tengok jam dah pkul 6.30 pagi. So tamatlah mimpi aku, bila aku tersedar dari mimpi. haha. Xde motifkan mimpi aku ni. Tp macam kelakar. Masa tgh drive nk dtg keje pagi ni, aku sempat la pkir apa nama aku nak kasi pada mimpi aku ni. Sampai je depan mesin Punch Card tu aku dapat idea. Dan aku bersetuju untuk namakan mimpi aku ni "Bila mimpi digigit semut" hahahaha. dah ala ala cite baru2 nie pulak "Biar mimpi sampai ke bintang". hihi. Apa apa pun aku berterima kasih pada mimpi aku tu, sebab mimpi tu, aku bersemangat nk meng"update" belog pagi pagi camni. muahahaha!~~

tragedi lapuk

Since busy dengan praktikal, dah lama rasanya x meng'update' belog. Okay now, let me share one tragedy yg dah menimpa diri aku. Kesah ni dah agak lama la, minggu ke 4 praktikal. Yer la, orang kata malang xberbau kan, dan ajal xkn smpai klu blum smpai masanya. Hari Isnin, 12 Dec. 2011, aku bangun cam biasa pgi 2, aku pilih untuk pkai baju berwarna biru. Aku pun siap2 la nk pegi kerja. Tak tahu kenapa tetiba aku rasa nak naik moto hri tu, sbb mmg selama ni aku pegi kerja naik kereta. Angin mambang mna ntah yg bisik kat aku. haha. Masa aku keluar tu jam pkul 8:00 pagi. Relax je la kan. Masuk 8:30, lgpun klu drive pun 15 minit je. Ni kan plak naik moto, so dlm 10 minit je la, aku rasa. Then, dgn slow aku bwk moto, tba2 ada lori tanah yg penuh dgn muatan nak masuk simpang yg sama dgn aku. Aku pun pikir kejap, isk, nk ikut belakang lori ke, nk ikut depan lori. Then aku decide untuk ikut belakang lori, sbb aku rasa itu lagi selamat. Sedang aku khusyuk ikut belakang lori, kurang dari 2 meter selepas simpang tu, aku terkejut sebabb tiba2 bila aku nmpk lubang di tgh jalan, besar dan dalam. Masa 2 aku dah xbleh buat apa2, nk mngelak ada kereta di jln yg bertentngan, so moto aku pun meluncur laju terjun k dalam lubang yg besar itu. Aku pun jtuh tertiarap. Nasib baik masa 2 xada kenderaan lain kt belakang aku. Klu tak.... hm. Lepas jatuh tu, aku terus merangkak ke bahu jalan sbb aku sgt takut klu2 ada kereta yg xperasan aku di tgh2 jln tu. Pas2 ada seorg hamba Allah yg dtg tolong aku. Terima kasih ye Hamba Allah yg budiman. Aku call akak aku, dia dtg dan bwk aku pergi klinik yg pling dekat. Moto tu abg aku yg dtg ambil. Nasib baik luka aku x teruk. Lebam2 badan aku, dan sengal2, mgkin sbb aku terhempas ke jalan. Luka aku pulak, 2 minggu baru sembuh sepenuhnya. Aku dapat mc 2 hari. Terima kasih doktor! Sejak kejadian 2, aku dah x naik moto lagi. Fobia untuk seketika. Lepas ni, klu aku bawak moto lagi, aku akn lebih berhati2.

Kepulangan ku..

Assalamualaikum.. 
akhirnya aku balik jugak ke Penang
setelah 2 tahun di Kuantan
macam-macam pengalaman aku rasa
dengan kawan-kawan
moment yg xmungkin dapat aku lupakan

kawan-kawan, aku x sedih tinggalkan hampa
sbb 2 aku x nangis
aku gembira dan aku yakin kita mesti akan jumpak lagi

so jgn la ckp aku xde perasaan ye
air mata itu bagi aku sangat berharga
sbb 2 aku payah nk nangis
terjawab sudah kan persoalan knpa aku x nangis spnjg 2 tahun kita bersama..

dengan hati yang tulus dan ikhlas
aku sayang hampa sangat2
hanya Allah ja yg tahu..

aku seronok dapat balik rumah
tp at the same time sedih sebab dah xde kawan nk gila2 ngn aku
huwaaaaaaa :(

korang! pesanan dari aku...
jgn lupa sahabatmu yang comel ini ye!

sayang kamu semua
husna, ogy, naz, lisa & yana..

Berdua Bersatu


mengapa cinta kita 
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku 
ditakdir untuk berpisah
walau pun melawan arus
kita berdua bersatu

sering kali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu

jika dengan mu salah
ku tak mahu yang benar
jika dengan mu rebah
biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut 
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut 
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

sering kali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu

jika dengan mu salah
ku tak mahu yang benar
jika dengan mu rebah
biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut 
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut 
ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu

aku menjerit?

hahahah..
ini satu cter kelakar

aku kan selalu mghadapi masalah tido
semalam aku consider aku bleh tdo la jgak
kul 3 smpai kul 5:47 pagi aku tido

ps2 aku rasa ngntuk lagi
kul 6 lebih cm2 aku tido blik
setelah tido bbrapa jam
tetiba aku mnjerit dlm tido

aku igt aku mimpi
aku bkak la mata
sekali kawan aku pun sedar jgak
dia ckp dia trkejut sbb aku jerit

nak tahu knpa aku jerit?
sbb aku mimpi adik aku baling aku siput "baby"
hahahahaha

ntah pe2 je kan

ye la, dh nma pun mmpi
mimpi itu mainan tido..

sbg peringtan 
lain kali jgn nk tido lama2 sgt...
:) yuhuuuu!

wahai siput "baby"
jgn kamu berani2 mengganggu tidur ku lagi
nyah kau dari hidup ku

bagi spa2 yg xknal siput "baby"
sini aku kasi gambar

aku pasti kamu semua pun faham knpa aku jerit
off course la sbb geli
euuuwwww!!!

koey teow ladna lagi

hye allzzz..
entry kali nie nk ceta yg kami msak lagi
dan masak mknan yg sama lg

klu lam dunia kafe a.k.a cafe world 
kami selalu masak Baklava
ari2 msak bnda yg sma untuk naik level
oppsss... bocor rahsia
heheheh

tp dlm dunia kami
kami masak Koey Teow ladna
again and again..

suka..suka...suka...

kami masak kali nie atas permintaan housemate
depa teringin nak mkn
ari 2 buat depa xdak
lisa ja yg ada

so dengan IKHLAS nya kami memasak untuk depa
maklum la..
dah sem akhir kan
nti xde lg dah moment moment yg mcm nie

*p/s: kawan2, thanks sbb sudi makan msakan aku...




let bygone be bygone

nk kasi taw cita sedeyh..
apakah ia??
hmm

aku xtahu cmna nk mula
nk kata sedih sgt xjgak
tp slah aku kot
aku careless a.k.a CUAI!!

aku tahu jawapan tu dan aku dah tulis pun
tp aku silap isi tempat dia

hmm apakan daya, xde rezeki kot
aku bertawakkal je
mudah-mudahan Allah bukak pintu hati pemeriksa tu 
untuk kesian bila tgk jawapan aku

lain kali masa exam jgn berangan ye.. (nasihat untuk diri sendiri)

aku harap aku dapat score kat Part A, B and C.

Aku redha je la aku hilang 25 markah.
tp xtahu la tetiba examiner 2 kesian kat aku nk bg 15 markah ke.
Bersyukur la kehadrat Ilahi. :)

Klu subjek ni aku dapat A. Aku akan puasa selama 1 hari.

Doakan saya :)

* ini perasaan saya saat ini

Love



I love you much more than what you can see, hear or feel
because
I love you in a true way with a true love  and to a true person
you, yourself

i will try not to leave you alone
again and again

I will try to be your love
your only love
until the last day

I love you deeply in my heart :)

tido oh tido

hye u all

hari nie nk citer sal tido


aku xthu la..knpa la sjak beberapa malam ni aku susah sgt nk tido
dan bila aku dpt tido pun, mesti tido aku akan terganggu..
ada cahaya kereta la, dengar kucing gaduh la..haish tension aku

masuk mlm tadi dah 4 malam aku xdapat tido..
penat aku tergolek sana, tergolek sini
ubah posisi tido
tido atas tilam, tido tilam husna, tido atas lantai, semua aku dah buat..
tp tetap xleh tido..
bila dah dekat subuh baru la aku nk bleh tido..
ps2 tgk2 dah cerah.. sgt menguji kesabaran aku..

mlm nie aku xthu la plak apa lagi style aku nk buat... 
haa aku igt aku nk study la
org ckp bila study or baca buku ilmiah nie mata kita cpat ngantuk
ok xpe, aku try mlm nie..
klu xmujarab jugak, aku jadi "jaga" sementara je lah kat umah aku nie.. hehehe :)


First Time Buat Koey Teow Ladna

Hello..Hello...

Tgk tjuk entry kali ni pun dah thu yg aku masak lg hari nie..hehe
X tahu lah kan, sejak kebelakangan nie mood memasak 2 selalu ada..
bosan kot sbb xde wat pe2 kan
lg pun bosan asyik order je kat CASPER 2..
sekali2 memasak plak, best jugak :)

hari nie untuk pertama kalinya aku masak koey teow ladna..
xthu kenapa tetiba rsa teringin sgt nk mkn koey teow ladna..

so aku pun mula la ligat mencari resepi..
then terjumpa la resepi kat MY RESIPI <<klik la

pastu aku pn g masuk bilik lisa

lisa..lisa..jom g kedai..kita nk masak Koey Teow Ladna la hari nie...
lisa pun ok je..

kami pun berjalan lah menuju ke kedai
lepas beli pe yg patut
aktiviti memasak pun bermula

siap memasak kami pun mula la nk melantak menjamu selera :)
tp sebelum 2 sempat lagi la snap beberapa gmbar.. hehe

inilah hasilnya
.
.
.
.
.
.

treng..treng..treng...
.
.
.
.
.
.






p/s: ini adalah gmbar sebenar..hehe :P